I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, September 30, 2009

Terima Kasih Friend...

SIAH,BDK ENCHEM,NAJIR
NOR N HUSBAND,SIAH,JIE,BDK ENCHEM
2 hari sebelum raya ari tuh,aku dijemput menghadiri majlis berbuka puasa anjuran 'kawan sehidup semati'.hehehe.untung aku,ader orang belanja.aku nak belanja orang,aku sendiri xcukup duit.diorang xpalah dah kerja.aku ni masih belajar lagi.untuk bro najir,jie,siah dan nor thank q sbb belanja i makan ari tuh.friend forever.huhuhu.

ok ka x!


Salam semua.good day.Ari ni aku sakit perut r.Memulas ja perut aku.xtahu r kenapa.nak kata xsalah makan xkot.Nmpaknya lepas ni aku kena bubuh minyak angin.huhuhu.Semalam aku menerima panggilan dr HPA RADIX tanjung malim menjemput aku pi dengar ceramah dan belajar tentang herba2 dan penyakit sambil dijamu dengan jamuan raya.xrugi aku join kerana bnyak info yg aku xtahu selama ini aku dpt pengetahuan.Orang yg menjemput aku tu siap mai ambik aku kat khar.terima kasih HPA Tnjung mlim.

Apa! Sotong Kering Xleh Makan...


Aku terbaca akhbar hari ni mengatakan sotong kering xleh makan sebabnya boleh menyebabkan kanser.Sotong kering kaya dgn logam toksid jenis kadmium iaitu bahan yg sama digunakan dlm membuat bateri,plastik,dan baja fosfat.Kesan pengambilannya boleh menyebabkan kanser payudara,kanser prostat serta penyakit buah pinggang.sotong kering ni lah yg menjadi kebiasaan keluarga aku jika berkunjung ke kedah dan pulau pinang.nampaknya lepas ni kena waspadalah.

Monday, September 28, 2009

Gambar Pagi Satu Syawal

Aku Ngan Paksu
Aku Masa Balik Solat Raya
Masa awl-awl Nak Pi Solat Aidilfitri

Keluarga En Mohamed Ngan Pn Habsah...

aku,husna,ummi dan kaklong
ummi,husna,kakyong
adik aku awin

Aku nak tunjuk gambar family aku masa raya baru ni.yg paling bnyak gambar anak saudaraku.huhu.umur baru 2 tahun 4 bulan dh pandai bergaya depan kamera.hehehe. nama dia BADARIATUN HUSNA, yang paling best raya ni,semua ahli keluarga aku berkumpul.Mmg seronok dpt buah kuih sama2 maklumlah aku ni pun pandai gak masak.yg paling best seminggu raya aku buat open house.saper dtg tentu dptmerasai masakan ummi aku yang best kan.terima kasih ummi masak sedap2 raya baru ni.makanan yg aku dh lama xmakan,Ummi aku tolong masakan untuk anak terunanya iaitu LONTONG dan Nasi Bariani.

Mengeluh...



Aku sampai jer kat kolej terus ingat kat umh.tapi nak buat mcmmana hidup kena diteruskan.aku rindu pd anak saudara aku yg comel.sedih gak,dia menangis mahu ikut aku pergi naik bus semalam.mcm xdak mood jer ari ni.nasi pun makan xabis.mmg badan sengal akibat tido xcukup.

Sunday, September 27, 2009

Aku Dah Balik

Salam.huhu.penat sungguh ari ni bertambah dgn pening kepala akibat naik bus blik kolej semalam.Kol 5 pg td aku sampai.mmg badan sengal2 jer.Kalau ader yg urut sodap gak ni.hehhe.Bus yg aku naik semalam bus sekolah.Punyalah laju.aku kalau laju2 pening dibuat dah lah duduk dibelakang.huhu.peningnyer...

Thursday, September 17, 2009

Balik Kampung

Salam semua.ari ni merupakan hari gembira buatku kerana mlm ni aku akan blik kg ke tanah merah kelantan.xsabar rasanya nk memulakan perjalanan.huhuhu.ari ni sunyi coz xdak saper dlm umh aku,sedih rasanya berbukak soran.tp xpalah jap lg aku nk go to kg.hehehehe...buat kwn aku sekalian,aku mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin.maafkan aku jika ader buat kesilapan.untuk abgsham dan abgijoy,am mntk maaf bnyak2 jika ader buat salah dan silap.am dh anggap abg mcm abg sendiri dh dan am berharap agar perhubungan persahabatan kita tidak putus sampai bila-bila.

Tuesday, September 15, 2009

Kisah 26 Ramadhan...

Hari ini adalah 26 ramadhan,ini bermakna ada 4 hari lagi umat islam akan menyambut 1 syawal iaitu hari kegembiraan umat islam yg dipanggil Hari Raya Aidilfitri.Hari ini jugaklah housemate dan roomate aku balik kg.Nmpaknya mlm ni aku tinggal soran dlm umh.huhuhu.malam esk lak,tiba giliran aku utk pulang ke Tanah Merah Kelantan.

Monday, September 14, 2009

Tepatilah Janji...

Islam tidak sesekali melarang kita membuat janji dgn sesiapa pun atau mana-mana pihak asalkan janji itu adalah salah satu petanda orang yang beriman dan bertakwa serta istiqamah dalam mematuhi ajaran islam,Rasulullah S.A.W menyatakan secara jelas dalam sepotong hadis drpada ANAS BIN MALIK yang bermaksud:

"tidak sempurna iman bagi mereka yang tidak bersifat amanah dan tidak sempurna agama bagi mereka yang tidak menepati janji".

Amalan menepati janji atau menunaikan janji yg dibuat,baik terhadap diri sendiri,masyarakat mahupun terhadap ALLAH SWT menggambarkan keindahan akhlak seseorang muslim sebagaimana yg diamalkan oleh nabi,para sahabat dan orang soleh.Kesimpulannya,keimanan saling berkait rapat dengan akhlak yang terpuji.salah satu cirinya ialah memenuhi janji yg dapat menyenangkan hati orang lain.

Perniagaan Suka Sama Suka

http://www.danaraya.com/?id=boboy85

Hai semua.disini aku memperkenalkan perniagaan yg aku ceburi.dgn hanya bermodalkan rm 5,anda mampu menjana pendapatan dengan memperkenalkan dan memperhebahkan link danaraya.Kalau anda kuat berusaha,akan mendapat kejayaan.Korang cubalah,tak cuba tak tahu,tak kenal maka tak cinta.

Terlanjur Mencintai Seseorang



Korang pernah tak terlalu mencintai orang yg rapat dgn kamu?tentu pernah kan.Aku juga tidak ketinggaln terlanjur mencintai orang yg rapat dengan aku.Sejak aku sem 1 lagi dan skrg hampir 3tahun lebih aku mencintai dia.Aku tahu walaupun aku berusaha hendak mendapatkan dia,aku hanya sia-siakan saja hidup aku memikirkan hal ini.Lebih baik aku jadikan dia kwn baik aku.Aku tak mahu kerana hal ini aku putus kwn dan membuat dia tidak selesa.Aku reda dengan dugaan yg aku terima.sekarang sedikit demi sedikit aku cuba melupakan dia .Aku tahu skrg dia jarang hendak melayan aku dan tak lagi menghantar msg mcm selalu dan tdk lagi beria-ria hendak menjumpa aku dan mengajak aku keluar.Aku rindu saat-saat dulu aku rapat dgn dia.aku tahu aku salah menyintai dia dan skrg aku harus redha dgn apa yg berlaku.maafkan aku kekasih fantasi aku...

Rumusan Cerita Geng Pengembaraan Bermula Upin Dan Ipin


Hai semua.apa khabar puasa anda hari ni?erm ari ni aku mendownload filem upin dan ipin(geng pengembaraan bermula ).Memang best cerita ini dan ader jugak yg bermain dgn emosi diakhir cerita ini.Korang tgklah sendiri dan nilai .Tidak rugi kalau menonton cerita ini.dah lama aku tunggu cerita ini,sebelum ini terlepas menonton di pawagam.LU PIKIRLAH SENDIRI...

Filem Yg Aku Tunggu...

Sunday, September 13, 2009

Filem Penuh Ikhtibar


Aku baru jer habis menonton cerita 'BOHSIA'.best beb,aku tabiklah siapa buat cerita ni.Aku percaya dlm realiti pun ada lagi masyarakat yg digambarkan dlm cerita bohsia itu.Keruntuhan akhlak yg berpunya drpda kecuaian ibubapa dalam mendidik anak-anak sehingga anak mula mencari benda baru utk keseronokan.korang tontonlah sendiri dan nilailah cerita yg anda saksikan.berikut adalah sinopsis cerita 'BOHSIA'...

Bohsia mengisahkan dua remaja Amy(Salina Saibi) dan Tasya(Nabila Huda) yang menjadi mangsa kerakusan kekejaman manusia berhati binatang.Tanpa pendidikan dan latar belakang keluarga yang sempurna, Amy dan Tasya memilih untuk terjebak dalam dunia rempit oleh pengaruh teman lelaki. Muz (Syamsul) teman lelaki Tasya seorang suka cakap besar dan Acai(Shaheizy Sam) teman lelaki Amy seorang yang pantang dicabar.Bapa Amy seorang kaki judi sering mengangu kehidupan Amy. Azam(Aaron Aziz) seorang bapa ayam cuba memujuk Amy kembali padanya dan insaf atas kesilapannya yang dulu.Amy yang mengetahui pekerjaan Azam cuba menjauhkan dirinya pada Azam. Muz terpikat pada Aisyah(Diana) tetapi tidak mengetahui Aisyah ialah adik kepada Azam.Tasya yang berang dengan kecurangan Muz,relakan dirinya ditiduri Acai dan gengnya. Tasya merasakan hidupnya tidak bermakna, membunuh diri.Muz mendedahkan cuba memberitahu identiti abangnya dan dirinya sebagai mat rempit. Azam kecewa tidak dapat memujuk Amy bertindak merogol Amy.Amy melarikan diri dari Azam dan cuba berlindung dengan bapanya Salleh(Nasir). Salleh yang mabuk cuba mengambil kesempatan pada Amy. Apakah yang akan berlaku…lu pikirla sendiri.

Mengertilah Perasaan Aku...



PERNAHKAH KAU BICARA,
TAPI TAK DIDENGAR,
TAK DIANGGAP,
SAMA SEKALI...


PERNAHKAH KAU TAK SALAH,
TAPI DISALAHKAN,TAK DIBERI,
KESEMPATAN...

KUHIDUP DGN SIAPA,
KU TAK TAHU KAU SIAPA,
KAU KEKASIHKU TAPI,
ORANG LAIN BAGIKU...

KAU DGN DIRIMU SAJA,
KAU DGN DUNIAMU SAJA,
TERUSKANLAH...TERUSKANLAH,
KAU BEGITU...


KAU TAK BUTUH DIRIKU,
AKU PATUNG BAGIMU,
CINTA BUTA,KEBUTUHAN MU,

HOO...HOO,
KAU DGN DIRIMU SAJA,
KAU DGN DUNIAM SAJA,
TERUSKANLAH...TERUSKANLAH,
KAU...KAU BEGITU.


Dugaan...

Ayam Percik
Air Kelapa Muda
Hari ni aku terlalu dahaga sangat,tak tahulah kenapa jadi mcm ni,tapi kita kena bersabar.Lagipun hari ni kalau minum air kelapa best jugak kan.Dah lama xminum air kelapa sejak aku xcident setahun yang lepas.Orang kata org yg terlibat dengan xcident tak patut minum air kelapa sbbnya takut sakit urat.huhuhu.Erm hari ni xtahulah nak beli apa utk juadah berbuka.asyik sama jer aku makan nasi putih ayam percik.Tapi aku layan jer,bersyukurlah apa yang ada.

Senario Hari Ini


Hai ,dalam hidup kita ni ,kadang-kadang kita berada ditempat yg tinggi dan kadang-kadang kita jatuh menjunam.Dan jangan jadikan alasan putus asa apabila kita berada ditahap itu,kita hendaklah bangun dan terus bangun dan membuktikan kita boleh berjaya.Kita tidak perlu membuktikan pada org lain yg kita boleh berjaya tapi kita perlu membuktikan pada diri sendiri yg kita tidak lemah dan putus asa dalam membentuk jati diri yg ada pada diri kita.Kita dilahirkan bukan utk jadi org yang lemah,putus asa dan berserah sahaja,tapi kita dilahirkan untuk menjadi juara .Mula-mula kepayahan dalam hidup terpaksa kita lalui sehingga kita mampu bangkit dan berjaya,bak kata pepatah bersakit-sakit dahulu bersenang kemudian.Aku pun begitu juga,bnyak kelemahan diriku dinilai dengan pandangan kawan-kawan aku.Mentang-mentanglah aku ni berbadan besar,semua anggap aku ni lemah dan hanya tahu besarkan perutkan sahaja.entahlah aku harap dapat menurukan berat badan agar tanggapan kawan aku tu berubah.inilah senario masyarakat kita,susah sekarang hendak mencari kawan yang sejati semuanya mengambil kesempatan .pada kawan aku yg aku sayang,janganlah menilai aku daripada sudut fizikal,nilailah diriku ni dari segi kepercayaan dan ketulusan diri yang hakiki...

Handphone 2 Simcard


Hari ini aku melayari internet utk melihat telefon baru dipasaran.Dan mcm biasalah laman web mobile.com menjadi pilihan aku.Apabila aku melihat web tu aku rasa teruja hendak memiliki telefon bimbit yg mempunyai 2 simcard.lagipun baru-baru ni aku telah membeli simcard celcom dan sekarang aku menggunakan maxis.lagipun kalau guna telefon jenis 2 simcard menjimatkan kos dan tidak perlu mempunyai 2 telefon sekiranya kita mempunyai 2 simcard.Harganya dlm rm400-rm800 sahaja.Aku rasa nak memiliki telefon ni dan mula menabung.hehe...

Saturday, September 12, 2009

Juadah Berbuka Hari NI...

Buah Epal
Sedapnyer...
Martabak
Roti John
Hari ni aku nak pergi pasar malam kat pekan.Setiap hari sabtu mmg menjadi himpunan para pelajar.rasa hari ni nak beli roti john,martabak dan air cendol.aku teringin sangat nak makan.hehe...lepas tu,aku nak beli buah untuk pencuci mulut.antara buah yang akan aku beli ialah buah epal dan oren.

Friday, September 11, 2009

Radix oh Radix...

Aku baru sahaja join HPA ini.bnyak faedah dia lagipun barangan HPA ini menggunakan herba-herba terbaik didunia.Hanya RM30 seumur hidup dan anda akan diberikan diskaun apabila membeli barangan keluaran HPA dengan menunjukkan kad keahlian yg diberi.Aku sendiri menjual kopi radix hanya seringgit jer sachet.tp buat masa skrg xdak sapa pn nk beli.korang sebenarnya tidak tahu kebaikan dlm kopi radix ni yang baik utk kegunaan lelaki dan perempuan.dijamin tiada kafein.cubalah kalau nak tahu.MAI SECAWAN!sesiapa yg mahu beli kopi radix silalah hubungi aku melalui email :boboyenchem@gmail.com

Aku Cinta Padamu...

Merah ka oren yg lawa...
Aku memang nak sangat motor nouvo LC ni.Motor ni sesuai dgn aku kerana start ditangan apabila hendak dihidupkan enjin.Tapi tak tahu bila lah aku hendak mendapatkan kekasih aku ni,abah aku xnak belikan pada aku kerana aku baru saja xcident setahun yang lepas menyebabkan tulang peha kanan aku patah.aku dh jelas pada abah,tp dia kata nanti kerja belilah motor apapun.jawapan itu ,membuatkan aku kecewa tapi aku nekad nak kumpul duit dan beli dengan hasil titik peluh aku sendiri.aku ingin membuktikan pada abh aku bahawa aku mampu memiliki motor nouvo Lc A.K.A My ayang aku ni.huhu...abh belilah!

Ramadhan Al-Mubarak

Hai semua.Good day.pejam celik pejam celik dah masuk 22 ramadhan dh hari ni.cepatnya masa berlalu.tinggal beberapa hari lagi umat islam akan menyambut bulan syawal iaitu bulan kita menyambut hari raya aidilfitri setelah kita sebulan berpuasa.tahukah kita ,setiap hari pada bula n ramadhan fadhilatnya berlainan dan sebab itu kita hendaklah menggunakan dengan memenuhi amalan-amalan yg mulia disamping mendapat keberkatan Allah S.W.T.Abu Hurairah r.a meriwayatkan pada rasullullah S.A.W,terdapat tiga jenis org yg doa tidak ditolak:pertama;doa drpda org berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa,iman(penguasa)yang adil dan org yang dizalimi kerana doa itu Allah mengangkatnya dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman:"Daku bersumpah demi kemuliaanKU,sesunguhnya daku pasti menolongmu walaupun pada masa nanti".

Penjaga Kebajikan Aku

Kaknisa Yang Selalu Tersenyum
Kakwani Yg Cute...

Kaklin yg Comel...
sejak aku belajar dkt cni,aku rapat dgn kaklin,kakwani dan kaknisa.aku anggap dia lebih drpda seorang kawan.aku syg sgt pada diorang dan persahabatan aku xmungkin akan putus .diorang selalu tanya khabar aku,makan minum aku,masalah yg boleh aku kongsi dan mcm2 lagi.aku xtahulah nanti diorang praktikal tentu aku sunyi.maklumlah diorang dh sem 6 tp aku lambat lagi nak habis belajar,hal ini kerana aku terlibat dgn xcident ari tuh membuatkan aku terpaksa menukar kos pengajian aku.tapi aku redha dgn ujian Allah terhadap aku.selepas xcident,bnyak yang aku dpt petunjuk antaranya kesetiaan persahabatan yg hipokrit semata-mata tapi kaklin,kakwani dan kaknisa lah yg tidak putus2 bertanya kan khabar aku.kadang2 aku terasa hati dgn kakak angkat aku,kadang2 kalau diorang xlayan aku,ckap lebih sikit membuatkan aku bengang.tapi aku kena telan lah jgk.hehehe.kaklin,kakwani,kaknisa I LOVE U.Thanks terpaksa sabar melayan karenah am.hehhehe.

Siapa Sayang Kita

kadang-kadang kita tahu siapa yg syg kita ataupn tak,kadang2 ader yg syg pada kita cuma kita sahaja yg xtahu.Mungkin syg itu sendiri membawa maksud yg bnyk.manusia yg diberikan akal fikiran oleh Allah S.W.T tentu mempunyai naluri syg pada sesiapa pun termasuklah pada haiwan,barangan peribadi kita,dan lain2.Kalau ader yang arah pada kita,tandanya dia syg pada kita.betulke?kadang2 aku fikir,sesiapa yg marah pada kita,tentulah tdk syg pada kita tp itu tanggapan negatif saja.tentu bersebab kenapa kita kena marah dan mugkin kita disayangi,sebab itulah teguran dan nasihat membawa maksud S.A.Y.A.N.G.


Senyum Itu Sedekah

Pernah tersenyum?tentu pernahkan.tak rugi senyum pada sesiapa.aku juga selalu tersenyum.Member aku kata senyuman aku comel mcm tuan dia.hehhehe.senyum itu sedekah.kalau org tu senyum kat kita,balaslah balik kan,tak rugi dan xperlu bayar utk satu senyuman.tak gitu kwn2?Mengikut kajian,org yg selalu tersenyum dpt hidup dgn lama dan keceriaan hidup akan dikecapi.Senyumlah pd sesiapa pn jgn lah plk terlalu over dos lak.huhu...

Raya dh xlama lagi...


Raya dah nak dekat beb,tinggal seminggu jer lagi.aku rasa mcm xsbar -sabar nak balik kg.heheh
maklumlah dh lama xblik.Puasa tahun ni,aku laksanakan dgn baik walaupn ader jgk gangguan dibulan puasa ni.Kepada kwn aku yg aku syg,pada hari raya yg bakal menjelma tidak lama lagi, aku menyusun sepuluh jari memohon keampunan dari hujung rambut sampai hujung kaki.maafkan aku yer semua.

Post Pertama Blog Aku

Hai semua.kabare?harap chatla ek.Hari ni adalah hari pertama aku mula menulis blog.Dah lama aku teringin nk buat blog tp xder kesempatan nk buat.Sekarang dgn banganya aku ader blog sendiri.hehheh.Nama aku adalah khairul amri bin mohamed.Member2 panggil aku amrie atau am tp keluarga aku panggil yu.nampak manja ckit aku tp aku ni baik.promote diri sendiri nampak!eee.Aku dilahirkan pada 17 jun 1985.Kalau nk diikutkan umur mmg layak dh nk berumahtangga,xgitu semua?huhuhu.tp aku belum pikir lg benda tuh,yang penting aku nk capai cita2 aku dulu sebelum memikirkan hal pada masa depan.Aku suka belajar benda baru dan yg ader adventure ckit,barulah rock beb.hahhah.Tp aku ader ckit kelemahan yg sejak dr dulu xleh nk ubah2.Aku cpat terasa atau dipanggil sensitif,aku xtahu la kenapa jd mcmtuh,kalau org xnak layan,buat berlagak,dan buat pekak jer ngan aku.mulalah aku buat xtahu dan korang pikir lah sendiri!aku ni syg semua org terutama yg rapat dgn aku.kwn?ader yg rapat,ader yg ambik kesempatan ats aku,ader juga memerlukan aku bila perlu sahaja.erm tu lah senario hidup aku,tp aku xmudah melatah dan buat tak tahu sahaja kerana aku mementingkan persahabatan.ni sahajalah coretan hidup aku yg boleh aku tulis,yg penting aku ni senang dibuat kwn.xcaya tanyalah kwn aku yg pernah berkawan dgn aku?huhu...

Nampak Rock x...

Ni lah tuan punya blog

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO