I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, September 13, 2009

Senario Hari Ini


Hai ,dalam hidup kita ni ,kadang-kadang kita berada ditempat yg tinggi dan kadang-kadang kita jatuh menjunam.Dan jangan jadikan alasan putus asa apabila kita berada ditahap itu,kita hendaklah bangun dan terus bangun dan membuktikan kita boleh berjaya.Kita tidak perlu membuktikan pada org lain yg kita boleh berjaya tapi kita perlu membuktikan pada diri sendiri yg kita tidak lemah dan putus asa dalam membentuk jati diri yg ada pada diri kita.Kita dilahirkan bukan utk jadi org yang lemah,putus asa dan berserah sahaja,tapi kita dilahirkan untuk menjadi juara .Mula-mula kepayahan dalam hidup terpaksa kita lalui sehingga kita mampu bangkit dan berjaya,bak kata pepatah bersakit-sakit dahulu bersenang kemudian.Aku pun begitu juga,bnyak kelemahan diriku dinilai dengan pandangan kawan-kawan aku.Mentang-mentanglah aku ni berbadan besar,semua anggap aku ni lemah dan hanya tahu besarkan perutkan sahaja.entahlah aku harap dapat menurukan berat badan agar tanggapan kawan aku tu berubah.inilah senario masyarakat kita,susah sekarang hendak mencari kawan yang sejati semuanya mengambil kesempatan .pada kawan aku yg aku sayang,janganlah menilai aku daripada sudut fizikal,nilailah diriku ni dari segi kepercayaan dan ketulusan diri yang hakiki...

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO